Selasa, 15 November 2016

Maklumat Syarikat Pelancongan

MAKLUMAT SYARIKAT PELANCONGAN



Agensi Pelancongan D & Adik Beradik Sdn. Bhd.
4460, Teluk Menara, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu
 09-6232878




Agensi Pengembaraan Bayu Wangi Sdn. Bhd.
PT 18073, Tingkat 2, Jalan Pusat Perniagaan Sura Gate, Terengganu
 09-6234996  -




Al Fajr Travel & Tours Sdn Bhd
483, Jalan Sultan Mohamad, Gong Kapas, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu





Alam Travel & Tours Sdn. Bhd.
1085-E, Tingkat 1, Jalan Sultan Sulaiman, 20000 K. Terengganu, Terengganu
 013-9284255




Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.
No.15-1 & 2, Pusat Niaga Paya Keladi, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu




Anjung Holidays Sdn. Bhd.
SIA Terminal Pelancongan Kuala Besut, 22300 Kuala Besut, Terengganu
 09-6978697  09-6674095




AQUA PACIFIC HOLIDAY SDN. BHD.
LOT 9564, JALAN SIMPANG SEKAYU, 21700 KUALA BERANG, Terengganu
 09-6811590  09-6815700








Isnin, 14 November 2016

Makanan Terkenal di Terengganu

Makanan yang terkenal di Negeri Sang Penyu
 
keropok lekor

 
                                                     
nasi dagang
 
 
 
 
ketupat sotong
 
 
 
 
 
laksam
 
 
 
 
 
ikan singgang
 
 
 

Aktiviti di Pulau Perhentian

AKTIVITI DI PULAU PERHENTIAN

 



     Image result for aktiviti di pulau perhentian
                               
       AKTIVITI BERKAYAK

 

 
 

Image result for aktiviti di pulau perhentian 

AKTIVITI SNORLING


Image result for scuba diving di pulau perhentian


AKTIVITI SKUBA




Image result for aktiviti di pulau perhentian


AKTIVITI FLYING FOX


Image result for hiking di pulau perhentian

AKTIVITI HIKING

Tempat Peginapan

Tempat Peginapan


the-taaras-resortThe Taraas Beach & Spa Resort

2. Bubu Long Beach Resort (4 bintang)bubu-long-beach-resort           Bubu Long Beach Resort

ri-yaz-heritage-resort& Ri-Yaz Heritage Marina Resort Spa

Tanjong Jara Resort

                                                                     Shari-la Resort

Tempat Menarik di Pulau Perhentian

Tempat Tempat Menarik di Pulau Perhentian



 


Jatuh cinta pandang pertama, itu yang terjadi kepada kami sebaik sahaja menjejakkan kaki di Pulau Perhentian. Keindahan alamnya sungguh mempesona dan agak sukar dilafazkan dengan kata-kata. Sebelum ini bukannya kami tidak pernah bercuti di pulau-pulau peranginan yang lain, tetapi Perhentian ternyata yang terbaik.
Benarlah apa yang dikatakan oleh rakan-rakan kami sebelum ini, satu kerugian besar kalau tidak bercuti di pulau yang terletak di negeri Terengganu itu. Lagipun, pulau ini turut tersenarai sebagai salah satu pulau yang tercantik di dunia. Dari dalam bot lagi kami sudah dapat meninjau keindahan pulau. Apabila sampai, kejernihan airnya yang kaya dengan hidupan marin bagaikan memanggil-manggil kami untuk terjun ke dalam laut. Sungguh teruja dibuatnya!






Hendak tahu dengan lebih lanjut tentang pulau ini? Pulau Perhentian sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Terdapat empat buah pantai di Perhentian Kecil iaitu Coral Bay, Long Beach, Petani Beach dan Teluk Kerma. Manakala di Perhentian Besar hanya ada pantai utama, Teluk Dalam dan Turtle Creek Bay.
Kebanyakkan pengunjung lebih tertumpu di Perhentian Kecil kerana di sini terdapat banyak pilihan chalet atau resort. Bahkan, di sini juga banyak penginapan bajet yang sesuai untuk ‘backpackers’. Untuk percutian kali ini, kami telah memilih untuk menginap di Bubu Long Beach Resort yang terletak di pantai Long Beach (Pasir Panjang). Alasan kami memilih resort ini kerana ia dicadangkan oleh rakan-rakan yang pernah menginap di sini. Hmm … mujurlah keadaan bilik dan suasana sekitar resort ini memenuhi citarasa kami. Malah, makanan yang dihidangkan di sini juga enak.
Istimewa untuk anda yang bercadang ke pulau ini, kami ceritakan serba sedikit tentang aktiviti yang boleh anda lakukan di sini. Memandangkan pantai dan air laut di sini sungguh bersih dan indah, aktiviti mandi-manda merupakan aktiviti yang tidak boleh dilepaskan. Inilah masanya untuk anda mandi sepuas-puasnya. Sambil berendam dan berenang boleh mengintai anak-anak ikan yang berlari-lari di dalam air. Jika ke tengah sedikit, bolehlah melihat ikan yang lebih besar dan karangan laut yang cantik.
Agar percutian anda ke sini meninggalkan memori yang sukar dilupakan, luangkanlah masa dengan melakukan ‘snorkeling’. Jika lebih berani dan mempunyai lesen selam skuba, lakukan juga aktiviti ini. Pulau Perhentian memiliki hidupan marin dan karangan laut yang sungguh mempesona. kami sendiri tidak lepaskan peluang untuk ‘snorkeling’, cuma tidak berkesempatan menyelam skuba. Seronok betul dapat melihat ikan berwarna-warni yang saling berkejaran di celah-celah karangan. Masa terasa begitu pantas berlalu walaupun sebenarnya sudah dua jam berada di dalam air. Kalau bukan kerana hari sudah lewat petang, pasti kami dan rakan-rakan yang lain tidak bertolak pulang ke resort.
Walaupun tidak melakukan selam skuba, kami mendapat tahu daripada petugas resort, Tokong Laut merupakan salah satu lokasi selam skuba yang menjadi kegemaran kaki-kaki selam skuba. Tokong Laut yang terletak di sebelah barat laut pulau ini banyak diselimuti oleh terumbu karang yang keras dan lembut (soft and hard corals). Sambil menyelam anda boleh melihat banyak bamboo shark yang sedang berehat atau tidur di bawah terumbu karang tersebut. Selain itu, anda juga boleh melihat belut dan beberapa spesis ikan laut yang lain. Caj yang dikenakan untuk selam skuba ini bergantung kepada pakej yang anda ambil, di antara RM250 hingga RM1,000.




Bagaimana ke sini?Jika anda memandu dari Kuala Lumpur, perjalanan ke jeti Kuala Besut mengambil masa yang panjang iaitu di antara lapan hingga ke sembilan jam. Gunakan Lebuhraya Karak menuju ke Kuantan dan teruskan perjalanan sehingga ke Kuala Terengganu dengan mengikuti papan tanda yang terdapat di sepanjang perjalanan. Setelah tiba di Kuala Terengganu anda perlu ke Jertih dan daripada sini anda akan jumpa papan tanda ke Kuala Besut. Ikuti papan tanda tersebut agar tidak sesat. Sebaik tiba di jeti, anda boleh membeli tiket-tiket bot daripada kaunter-kaunter tiket yang tersedia. Sekiranya anda sudah menempah pakej, anda hanya perlu ke kaunter resort atau chalet yang berkenaan.
Jika anda ingin menaiki bas ekspres, lebih baik anda ambil perjalanan terus ke Kota Bahru kerana Kuala Besut hanya terletak kira-kira 45 minit daripada bandar tersebut. Dari stesen bas Kota Bahru, anda boleh mengambil teksi untuk ke Kuala Besut dan caj yang dikenakan adalah di antara RM35 – RM65.
Caj untuk tiket bot pula berharga RM60 untuk perjalanan pergi balik. Kanak-kanak dikenakan separuh harga. Jika ingin berjimat, pilihlah bot biasa yang mengambil masa perjalanan yang lebih panjang iaitu sejam untuk sampai. Caj yang dikenakan hanya RM40 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak.






Khamis, 10 November 2016

Peta Pulau Perhentian

PETA PULAU PERHENTIAN

  
  

Pembukaan dan penempatan awal di Pulau Perhentian

Pulau Perhentian mula didiami pada penghujung abad ke 18. Tempat yang mula-mula dibuka dan didiami ialah Teluk Dalam, di sekitar sebatang alur air payau yang cetek yang dikenali sebagai Alur Cina. Orang yang paling awal mendudukinya ialah Batin Mina dan keluarganya. Beliaulah orang yang bertanggungjawab menjadikan Pulau Perhentian sebagai satu petempatan.

Asal Penduduk Pulau Perhentian

Orang yang pertama menduduki Pulau Perhentian dipercayai berasal dari Kepulauan Riau, iaitu jajahan takluk Johor-Riau pada masa itu. Batin Mina dan keluarganya datang ke Pulau Perhentian dengan menumpang kapal-kapal dagang China yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara. Beliau telah melarikan diri dari buruan Belanda kerana telah bertindak menentang penjajahan dengan cara merompak dan mengugut kapal-kapal dagang barat. Keturunan beliaulah yang terus mendiami Pulau Perhentian serta beberapa keluarga yang berasal dari Tanah Besar Semenanjung.
                                       Bagaimana Pulau Perhentian Mendapat Nama
Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus. Ianya dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Di pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai), untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu. Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ianya telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian. Iaitu pulau tempat kapal-kapal singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran. Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar.